![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|||||
![]() |
![]() |
|
Penyu Lipas Atlantik(Kemps Ridley) – (Lepidochelys kempii)
Penyu Lipas Atlantik atau nama Inggerisnya "Kemps Ridley" mempunyai nama saintifik Lepidochelys kempii. Klasifikasi penyu Lipas Atlantik adalah : Kingdom : Animalia Penyu Lipas Atlantik (Lepidochelys kempii) merupakan satu daripada tujuh spesies penyu di dunia dan juga merupakan spesies penyu terkecil. Penyu Lipas Atlantik akan berkumpul beramai-ramai sebelum mendarat untuk bertelur pada waktu siang. Keadaan ini dikenali sebagai "Arribazones" kemungkinannya bertujuan untuk memastikan sebagian telur akan selamat walaupan sebagian lagi akan dimakan pemangsa. Penyu Lipas Atlantik adalah penyu terkecil dan bisa di jumpai di lautan di dunia ini. Penyu Lipas dikelaskan kepada 2, yaitu penyu Lipas Atlantik (Lepidochelys kempii) yang lebih kecil, dan juga penyu Lipas Pasifik (Lepidochelys olivacea) atau penyu lekang yang lebih besar. Penyu Lipas Atlantik (Lepidochelys kempii) berukuran 52.4 hingga 75 sentimiter panjang dan berat 32 hingga 48 kilogram. Nama Inggerisnya adalah Atlantic Ridley. Penyu Lipas Atlantik dikelaskan dalam kelas Lepidochelys kempii. Ia bewarna kelabu gelap kehijauan dan berukuran lebih kecil daripada penyu Lipas Pasifik. Bagian bawahnya mempunyai 4 pasang saluran kelenjar Rathke. Penyu Lipas Atlantik akan dewasa dan siap bertelur ketika berumur 10 hingga 12 tahun. Populasi penyu Lipas Atlantik tertumpu di barat Teluk Mexico tetapi kadang mengikut arus Teluk sehingga ke utara New England , timur British, dan Eropa. Penyu Lipas Atlantik merupakan hewan maserba dan memakan ketam biru (Callinectes), udang, krustaceans, molluscs, ampai-ampai, ikan dan rumput laut. Karena ada aktiviti menangkap udang yang pesat di Teluk Mexico , banyak penyu Lipas Atlantik yang mati akibat tersangkut di dalam jaring yang digunakan untuk menangkap udang. Satu alat penyisih penyu (TED - Turtle Excluder Devices) telah diperkenalkan untuk menghindarkan kejadian ini tetapi dikalangan nelayan belum dapat menrima. Penyu Lipas Atlantik akan bertelur pada bulan April - Julai dan biasanya akan berkumpul di laut dangkal sebelum mendarat secara serentak pada waktu siang ketika angin kencang, keadaan yang dikenali sebagai "arribazones". Tempat pendaratan utama tertumpu kepada kawasan pantai 14.9 km antara Barra del Tordo dan Ostional dalam negeri Tamaulipas , Mexico , tetapi pendaratan juga berlaku di kawasan seluas panjang 40 kilometer. Kawasan pantai tersebut berdekatan dengan kawasan kayu bakau merah tropika (Rhizophora mangle) yang luas ataupun kawasan berteluk yang mempunyai saluran sempit ke laut. Penyu Lipas Atlantik betina bertelur antar1.3 kali semusim dalam waktu 10 hingga 28 hari. Dari sebuah film tentang arribazones di Rancho Nuevo pada 1947, diperkirakan 40,000 penyu Lipas Atlantik betina telah mendarat untuk bertelur. Pendaratan beramai-ramai pada waktu siang ini menyebabkan mereka mudah ditangkap. Pada tahun 1988, juga di Rancho Nuevo, tidak sampai 500 penyu Lipas Atlantik betina di catat telah mendarat untuk bertelur. Penurunan ini menunjukkan bahawa populasi penyu Lipas Atlantik menghadapi ancaman kepunahan. Walaupun kerajaan Mexico telah melarang pengambilan telur sejak 1966, populasi penyu Lipas Atlantik terus menurun. Ini kemungkinannya disebabkan oleh ancaman jala nelayan. Penyu Lipas Atlantik biasanya mulai bertelur di waktu siang dan akan menghasilkan 100 hingga 110 biji telur setiap pendaratan. Telur-telurnya berbentuk bulat seperti bola ping-pong mempunyai diameter 3.4 hingga 4.5 sentimeter dan berat 24 hingga 40 gram. Telur penyu bewarna putih dan mempunyai kulit yang lembut tetapi liat seperti kertas. Setiap telurnya akan menetas selama 50 hingga 55 hari. |