Penyu belimbing (Dermochelys coriacea)
Penyu Belimbing atau nama Inggerisnya “Leatherback Turtles” mempunyai nama saintifik Dermochelys coriacea . Penyu Belimbing secara taksonomi
Kerajaan : Hewan,
Mempunyai saraf tunjang : Phylum chordata,
Bertulang belakang : Subphylum verterbrata,
Kelas : Reptilia,
Ordo : Testudines,
Famili : Dermochelyidae,
spesies : Dermochelys coriacea.
Nama ilmiahnya keluarga Dermochelys berasal daripada dua perkataan Yunani “Greek” yaitu derma (kulit) and chelys (penyu). Nama spesies pula berasal dari bahasa Yunani corium (kulit lembu “leather”). Oleh karena itu nama ilmiah penyu Belimbing, Dermochelys coriacea bererti penyu berkulit seperti kulit lembu “leather”.
Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea) merupakan satu daripada tujuh spesies penyu di dunia, dan merupakan yang terbesar. Penyu Belimbing selalu memilih kawasan pantai yang gelap, sunyi dan berpasir untuk bertelur.
Penyu Belimbing merupakan penyu terbesar di dunia, berukuran panjang 150 - 180 sentimeter dan berat 300 hingga 600 kilogram. Bangkai terbesar seekor penyu betina Belimbing pernah di jumpai di Wales, United Kingdon pada tahun 1988, mempunyai berat 916 kilogram (2,016 paun) dan sepanjang 291 cm dari muncung ke ekor. Penyu Belimbing juga adalah satu-satunya spesies penyu yang berenang jauh di laut lepas sehingga beribu-ribu mil, dalam perjalanannya daripada tempat laut untuk pergi ke pantai tempat ia bertelur. Penyu jenis lain pada kebiasaannya mencari makan di kawasan hanya beratus mil yang dekat dengan pantai.
Penyu Belimbing tidak mempunyai cangkang yang keras tetapi sebaliknya mempunyai cengkerang kulit tebal yang gelap dan berbulu halus. Cangkang ini terdiri daripada tulang halus yang tersusun dalam lapisan tebal yang berminyak dan liat. Oleh sebab itu, penyu Belimbing dikelaskan dalam kelasnya tersendiri, yaitu kelas Dermochelydae. Cangkang yang rasanya bergetah ini mudah cedera hanya dilempar batu/ kayu atau orang yang duduk di atasnya.
Terdapat 7 garis memanjang timbul yang jelas sepanjang bahagian atas cengkerang penyu Belimbing dan 5 garis timbul di bagian bawah. Cangkang penyu Belimbing bewarna gelap dengan bintikan- bintikan putih atau kelabu. Cangkangnya berbentuk bulat di atas dan runcing di bawah, seperti bentuk titisan air. Penyu Belimbing mempunyai sepasang kaki pengayuh hadapan yang besar dan kuat untuk berenang. Penyu Belimbing yang dewasa bisa mencapai sepanjang 2 meter dan penyu Belimbing betina yang bertelur mempunyai badan panjang satu setengah meter dengan berat 300 kilogram.
Penyu Belimbing hidup di lautan lepas dan hanya kembali ke pantai asal ia menetas untuk bertelur. Setelah menetas, anak-anak penyu Belimbing akan berenang ke laut lepas untuk mencari makanan, tidak seperti anak penyu jenis lain yang sering didapati berhampiran pantai. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan anak penyu Belimbing selepas itu. Paruh atasnya berbentuk cangkuk sesuai untuk menangkap makanan utamanya, dan makhluk laut lembut yang lain. Penyu Belimbing bertelur di kawasan tropika tetapi pada waktu yang lain ia mencari makan di kawasan beriklim serdahana.
Penyu Belimbing akan kembali ke pantai asal ia dilahirkan untuk bertelur pada setiap 3 hingga 4 tahun sekali setelah mencapai peringkat matang untuk bertelur. Di Indonesia, ini berlaku pada setiap bulan April - Agustus. Penyu Belimbing betina akan bertelur beberapa kali pada tahun ia bertelur. Penyu Belimbing biasanya mula bertelur di waktu malam dan akan menghasilkan 60 - 120 biji telur setiap pendaratan. Telur-telurnya berbentuk bulat seperti bola ping-pong mempunyai diameter 5 hingga 6.5 cm. Telur penyu Belimbing bewarna putih dan mempunyai kulit yang lembut tetapi liat seperti kertas. Penyu Belimbing tidak dimakan disebabkan kandungan lemak berminyak yang banyak. Telur penyu Belimbing boleh dimakan dan amat digemari oleh penduduk. Telurnya tidak keras walaupun lama direbus dan mempunyai rasa berbiji-biji halus. |